CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Tuesday, July 04, 2006

Video Kengkawan



pjbt1 on Vimeo

Ini kengkawan sebelah aku. time nie time takder keje ler tu so diaorang pon dok ler ngumpat
aku pon apa lagi g ler rakam video dia orang hihihhi best tu



tgh makan sebelum main bowling on Vimeo

Video ni sebelum pertandingan bowling ari tu. semua dah lapar gilerrr apa lagi santap ler dulu. group pompuan boleh dikatakan semua menang cuma group laki jer bnyk saingan :0)




,.m on Vimeo

Video nie pulak masa malam worpd cup (masa Suku Akhir) minah 2 orang nie sibuk pilih england itu pon sebab beckham. aku tetap portugal. gelihati gak tgk muka diaorang bila beckham kena kuar wakakakaakakak lepas tu kalah lak england tu wakakaakakaka ------'(@ flower for u 2wakakakka



memori 2 on Vimeo

ini pulak video ke-2 tapi dah lari topik sibuk lak minah berdua nie citer pasal gol dan gincu. main futsal pon terlepas bola emmm ader hati gol dan gincu emmmmm.......

Sunday, July 02, 2006

Fazliah Memories

Fazliah Memories

WebSite Pilihan ku

duniasearch.com
Anda mungkin pernah dgr nama kumpulan lagenda rock malaysia ini iaitu search. lagu lagu nyer pasti tak luput dari mimpi kita. dan sememangnya kumpulan in telah lama memperjuangkan
irama rock. tabik pada abg yazid kerna bersusah payah memperbiki kembali ikatan diantara sesama mereka.

www.gol&gincu.com
Gol & Gincu citer nyer memang ader sangkut paut ngan individu remaja sekarang. jln cerita memang menarik dan sempoii. cintan dier layan gak. then photoshot dier pon bagus. pada sesaper yang nak mengenali pelakon nyer inilah website nyerrr layanzzzzzzzzzzz


afdlinshauki.blogspot.com
Siapa tak kenal afdlin shauki. ingat buli ingat afdlin. pengarah yang memang giler tapi bernas. arahan dier memang aku respect. pengalaman nyer luas gak. so sesaper nak lebih mengenali dier jom lawat dier wakakakaakakakak buncittttttt.......

www.jiwang.org
Bermacam macam perkara ader dalam nie. Kalo nak download lagu free pon ader juga.
video pon ader. aku ngan wesite nie dah lama betul dan tak pernah mengecewakan aku website ini. So jom lerrr layan Sesama.........

www.perkahwinan.com.my
Website ini banyak memperbincangkan ttg proses dari masa sebelum kahwin hinggalah melahirkan anak. info nyer begitu banyak sesuai utk semua golongan dan juga mengandungi bahagian utk bahagian kaunseling. so selamat melayari website ini........

capslock4.blogspot.com
Website adalah hasil nukilan dari seorang yang bakal bergelar ibu.(Capslock)

beliau banyak menceritakan kisah hidup harian beliau dan website ini adalah tampat utk beliau meluahkan perasaan. kepada semua yang ingin mengenali beliau sila lawati website ini...............
ps* all the best tu Ibu Mengandung

Friday, June 30, 2006

Untuk Pengemar Hip Hop


Upload videos at Bolt.

.


Upload videos at Bolt.


Upload videos at href='http://www.bolt.com'>Bolt.


Upload videos at Bolt.

U alll pengemar Hip Hop Layankan

vklip yang penuh bermakna



video ini memang bermakna pada diri.

vma yang pernah konterversi





suatu masa dulu pernah terjadi konterversi antara britney dan madona
so saksikan lah videonya................

Tarian Mengikut Irama Lagu



Kadang kadang manusia ada macam macam gile
tapi yang nie tak berapa gile cuma dia meluahkan sukanya pada tarin dgn pelbagai gaya saksikan bersama..................

Thursday, June 29, 2006

Kelembutan Shakira



Lagu nie ditujukan khas pada kengkawan kat tnb kuantan nie
antaranya yus, sari, mardu, ema (mak buyong), hairi, mat dan semuanya
doa orang minat sungguh lagu nie. so all the best........

Lagi Koleksi Crazy Frog

Siapa Sebenarnya Juara



sekarang memang musim demam bola.
sepanjang hari orang asyik ceritakan bola bola bola
tapi terlupa tanggungjawab pon sebab bola
oleh itu jgn terlalai
betul tak

Wednesday, June 28, 2006

Butakah Cinta



Butakah Cinta

Berapa lamakah lagi
Terpaksa aku menanti
Sehingga pedihnya penyiksaan di hati

Bukan hanya kepentingan
Malahan keegoan telah ku korbankan
Berlimpahan kasih sayang... aku curahkan
Buat mu seorang...

Kiranya semua itu
Tak bermadai bagi mu
Apa sebenarnya yang kau mahu
Ku tak tahu...

Kau hilang bila ku tiba
Kau datang bila ku kecewa...
Terasa diri...di persenda...
Dimana berakhirnya nanti
Permainan sendiwara mu ini...
Sesungguhnya aku... tak mengerti...

Jika benar cinta itu buta...
Butakah mata ku...
Berkali terluka masih jua... ku merindu...
Apa yang ku inginkan...
Cuma kejujuran dalam perhubungan...

Jika itu tiada...
Apalah ertinya...
Penantian ini hanya sia-sia...( 2X )
+++++++++++++++++++++++++++++

Sememangnya lagu ini penuh bermakna pada diri.
setiap ayat nyer mengenai pada diri ini.
hingga menusuk lubuk perasaan

hrap akan mendapat perubahan pada masa akan datang

Wednesday, May 17, 2006




Kuala Lumpur – TNB telah mencadangkan untuk melaksanakan Sistem 5 Hari Bekerja dalam seminggu. Cadangan tersebut telah diberikan kepada Kesatuan melalui pakej tawaran pengurangan jam bekerja seminggu yang turut mencadangkan jumlah cuti tahunan pekerja TNB dikurangkan dari kelayakan sedia ada. Bilangan cuti yang dikurangkan tersebut akan ditentukan berdasarkan gred jawatan dan tempoh perkhidmatan pekerja serta TIDAK akan diganti dengan sebarang bentuk wang tunai atau ganjaran lain.

PERBANDINGAN WAKTU BEKERJA SEMASA – 5 HARI BEKERJA

AGENSI












*KELAYAKAN CUTI TAHUNAN DIKURANGKAN BERDASARKAN GRED DAN TEMPOH PERKHIDMATAN
Diterbit dan diedarkan oleh Kesatuan Pegawai-Pegawai Rendah Tenaga Nasional Berhad
No 29, Jalan Bangsar, P.O.Box 11003, 50732 Kuala Lumpur Tel : 03-22823149 Fax :03-22835481


Kesatuan tidak bersetuju dan telah menolak cadangan tersebut dan berpendapat perlaksanaan 5 Hari Bekerja tersebut tidak wajar dijadikan pakej kepada kelayakan Cuti Tahunan. Perlu dijelaskan tawaran itu juga adalah berbeza sama sekali dengan apa yang ditawarkan oleh kerajaan kepada sektor awam. Kesatuan berpendapat TNB sebagai salah sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) wajar mematuhi dan mengikuti prinsip yang digunapakai oleh Kerajaan dan Syarikat-Syarikat GLC lain dalam melaksanakan Sistem 5 Hari Bekerja di TNB. Kerajaan dan Syarikat-Syarikat GLC lain seperti tertera dalam jadual di atas telah melaksanakan Sistem 5 Hari Bekerja tanpa mengurangkankelayakan cuti tahunan sedia ada.

Kerajaan sebagai contohnya hanya mengurangkan bilangan cuti tahunan untuk pekerja kelas pertama yang menerima tawaran selepas tarikh kuatkuasanya. Telekom Malaysia pula telah memendekkan masa makan tengahari pada hari Jumaat dan memberikan ‘Time Off’ kepada pekerjanya untuk menunaikan sembahyang Jumaat. Bank Simpanan Nasional menambah masa perkhidmatan kaunternya dari jam 4.00 petang ke jam 4.30 petang untuk peningkatan servis perkhidmatannya dan sebaliknya mengekalkan masa balik bekerja 5.30 petang.

Kesatuan telah memajukan beberapa cadangan balas terhadap cadangan pengurusan dalam beberapa sesi mesyuarat yang dijalankan di TNB Ibu Pejabat tetapi telah ditolak oleh Pengurusan. Jelas sekali dari data yang dipamerkan di atas, TNB memberi keutamaan dan mempunyai hasrat untuk mengurangkan kelayakan cuti tahunan pekerja dan bukannya bertujuan semata-mata untuk melaksanakan 5 Hari Bekerja. Majikan sepatutnya melaksanakan 5 Hari Bekerja sebagai satu anugerah dan insentif galakan peningkatan produktiviti serta meningkatkan kesetiaan pekerja kepada syarikat dan negara dan bukan memikirkan soal keuntungan semata-mata. Kesatuan menuntut prinsip serupa sebagaimana perlaksanaan 5 hari bekerja di sektor bank dan kerajaan dilaksanakan segera di TNB.

Penjelasan ini diharap dapat memberikan gambaran sebenar dan jelas terhadap keputusan yang telah dilakukan oleh KPPRTNB untuk melindungi kepentingan ahli-ahli. Keadilan perlu diberikan kepada pekerja TNB selaras dengan hasrat kerajaan. Kesatuan bagaimanapun masih membuka pintu rundingan untuk membincangkan perkara ini dan menyarankan TNB bersikap lebih telus dan terbuka dalam tawaran yang diberikan tanpa menjadikan isu ini sebagai pakej kepada perkara lain. Salurkan maklumbalas anda dengan ‘click’ joutnb@tm.net.my

Thursday, April 27, 2006

lagu baru m nasir



Layan gak lagu nie lain dari lagu m nasir yang lain.
dari tempo dan lirik so layannnnnn

Irama Rindu Salma







Slmt
Sebelum ni aku ader masukkan lagu dari salma gak
namanya nafasku yang terakhir so ini lagu dier yang kedua
aku minat sungguh kat suara dier memang seksi
so layan jerrrr

Wednesday, April 26, 2006

vclip morning musume

Vclip nie aku minat lagu dier layan gak.
awek dalam nie cun semuanya cam animasi jepun
so layannnnnnnnn

vclip kungfu hustle version japan

Ini ada vclip yang aku sertakan harap u all enjoy


Lagu Menari Dengan Ku

Selamat pagi;
lagu ni saya masukkkan bukan apa just utk berkongsi bersama ngan anda semua.
lagu nie layan gak. because ader perubahan dari segi music dan perubahan lagu menarik juga 1 per cubaan yang berani so kalo ader comment just pos jer.

Wednesday, April 19, 2006

LAGU PENUH MAKNA



nafasku yang terakhir ini
hanyalah ku tujukan padamu

kini saat yang terkahir
ku pinta maaf kepadamu
jauh dari lubuk hatiku
tak pernah ku dendam padamu

bila engkau tak percaya
ku rela korban jiwa raga
demi saat yang penghabisan
ku harap kau datang kepadaku

chorus:
berulang kali ku nyatakan
aku sayang padamu
berulang kali ku meminta
peluklah belailah daku
ohh itu takpernah terjadi
semua harapan belaka
nafasku yang terkahir ini
hanyalah ku tujukan padamu

spoken:bukan aku tak ingin menyintaimu
bukan aku tak cinta kepadamu
tapi, maafkanlah
bahawa sesungguhnya aku telah rancang
di saat terakhir ini kau mengucapkan cinta kepadaku
maafkan aku sayang

chorus:
berulang kali ku nyatakan
aku sayang padamu
berulang kali ku meminta
peluklah belailah daku
ohh itu takpernah terjadi
semua harapan belaka
nafasku yang terkahir ini
hanyalah ku tujukan padamu

APA DAH JADI NIE



APA DAH JADI ZAMAN MODEN NIE

19 April 2006
Apa dah jadi ngan dunia sekarang nama anak di letak sedap sedap tapi bila ditanya anak itu sendiri kurang pasti nama nya hihihihihihhi. mana silap nyer adakah kesilapan dari keluarga itu sendiri atau kesilapan dari zaman kemodenan emmmm mari kita pikrkan bersama

Tuesday, April 18, 2006

Bukti Kelahiran & Keajaiban Ilahi

Bukti Kelahiran & Keajaiban Ilahi

  • (2 minggu)














Ini gambar scan dalam perut kawan aku sepejabat sebelah aku ni. baby nie baru 6 minggu. ini lah keajaiban yang maha kuasa yang tak terfikir oleh kita sebagai manusia biasa.; so tak lama lagi jadi pakcik ler saya ni hihihihh



  • (23 minggu)

Emmmmmm kekadang tu terfikir gak kewujudan manusia penuh keajaiban.
agaknya aper nama budak nie nanti. ker sempena nama aku hihihihih
so to capslock all the best good luck. jgn tetakut sangat kengkawan semua ader disisi.

Kemalasan Memuncak




Penghargaan Tak Terperi.

inilah penghargaan yang ku teri hasil dari kesabaran ku dan pengalaman yang diperolehi sebelum ini. ucapkan ribuan terima kasih pada vice president TNB (Tenaga Nasional Berhad) atas penghargaan ini. ku harapkan atas penghargaan ini nasib akan lebih maju kehadapan semoga tuhan memberkati perjuangan ku ini. aminnnnnnn..
....


Kehidupan ku


Adakalanya hidup ini penuh kegirangan, kebahagian & saat yang indah.
tetapi hidup ini juga tak lari dari duka dan kesedihan.
kita sebagai insan biasa hanya mampu belajar dan menghadapi ketentuan.
segala pengajaran jadikan pengalaman. insyallah hidup akan menuju kearah kebahagiaan.
keluarga menjadi pembimbing kewujudan Ayah,Ibu & Adik adalah menjadi pendorong semenjak kecil. Tetapi akan wujud pendorong yang akan menemani kita hingga ke akhir hayat. dalam ertikata lain itulah pasangan kita. cuma diri ini belum menemui pasangan itu hanya takdir yang menentukan. ku berserah.........