Kuala Lumpur – TNB telah mencadangkan untuk melaksanakan Sistem 5 Hari Bekerja dalam seminggu. Cadangan tersebut telah diberikan kepada Kesatuan melalui pakej tawaran pengurangan jam bekerja seminggu yang turut mencadangkan jumlah cuti tahunan pekerja TNB dikurangkan dari kelayakan sedia ada. Bilangan cuti yang dikurangkan tersebut akan ditentukan berdasarkan gred jawatan dan tempoh perkhidmatan pekerja serta TIDAK akan diganti dengan sebarang bentuk wang tunai atau ganjaran lain.
PERBANDINGAN WAKTU BEKERJA SEMASA – 5 HARI BEKERJA
AGENSI
*KELAYAKAN CUTI TAHUNAN DIKURANGKAN BERDASARKAN GRED DAN TEMPOH PERKHIDMATAN
Diterbit dan diedarkan oleh Kesatuan Pegawai-Pegawai Rendah Tenaga Nasional Berhad
No 29, Jalan Bangsar, P.O.Box 11003, 50732 Kuala Lumpur Tel : 03-22823149 Fax :03-22835481
Kesatuan tidak bersetuju dan telah menolak cadangan tersebut dan berpendapat perlaksanaan 5 Hari Bekerja tersebut tidak wajar dijadikan pakej kepada kelayakan Cuti Tahunan. Perlu dijelaskan tawaran itu juga adalah berbeza sama sekali dengan apa yang ditawarkan oleh kerajaan kepada sektor awam. Kesatuan berpendapat TNB sebagai salah sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) wajar mematuhi dan mengikuti prinsip yang digunapakai oleh Kerajaan dan Syarikat-Syarikat GLC lain dalam melaksanakan Sistem 5 Hari Bekerja di TNB. Kerajaan dan Syarikat-Syarikat GLC lain seperti tertera dalam jadual di atas telah melaksanakan Sistem 5 Hari Bekerja tanpa mengurangkankelayakan cuti tahunan sedia ada.
Kerajaan sebagai contohnya hanya mengurangkan bilangan cuti tahunan untuk pekerja kelas pertama yang menerima tawaran selepas tarikh kuatkuasanya. Telekom Malaysia pula telah memendekkan masa makan tengahari pada hari Jumaat dan memberikan ‘Time Off’ kepada pekerjanya untuk menunaikan sembahyang Jumaat. Bank Simpanan Nasional menambah masa perkhidmatan kaunternya dari jam 4.00 petang ke jam 4.30 petang untuk peningkatan servis perkhidmatannya dan sebaliknya mengekalkan masa balik bekerja 5.30 petang.
Kesatuan telah memajukan beberapa cadangan balas terhadap cadangan pengurusan dalam beberapa sesi mesyuarat yang dijalankan di TNB Ibu Pejabat tetapi telah ditolak oleh Pengurusan. Jelas sekali dari data yang dipamerkan di atas, TNB memberi keutamaan dan mempunyai hasrat untuk mengurangkan kelayakan cuti tahunan pekerja dan bukannya bertujuan semata-mata untuk melaksanakan 5 Hari Bekerja. Majikan sepatutnya melaksanakan 5 Hari Bekerja sebagai satu anugerah dan insentif galakan peningkatan produktiviti serta meningkatkan kesetiaan pekerja kepada syarikat dan negara dan bukan memikirkan soal keuntungan semata-mata. Kesatuan menuntut prinsip serupa sebagaimana perlaksanaan 5 hari bekerja di sektor bank dan kerajaan dilaksanakan segera di TNB.
Penjelasan ini diharap dapat memberikan gambaran sebenar dan jelas terhadap keputusan yang telah dilakukan oleh KPPRTNB untuk melindungi kepentingan ahli-ahli. Keadilan perlu diberikan kepada pekerja TNB selaras dengan hasrat kerajaan. Kesatuan bagaimanapun masih membuka pintu rundingan untuk membincangkan perkara ini dan menyarankan TNB bersikap lebih telus dan terbuka dalam tawaran yang diberikan tanpa menjadikan isu ini sebagai pakej kepada perkara lain. Salurkan maklumbalas anda dengan ‘click’ joutnb@tm.net.my
Minions (2015)
9 years ago
0 comments:
Post a Comment