10/02/2008
hammy sekeluarga dijemput hadir ke kenduri kahwin kawan sepermainan masa kecil dulu *En. nizam. Lokasi di Estet United Plantation Ulu Bernam. tempat itu juga menyimpan beribu-ribu kenangan bersama keluarga hammy. Kami bertolak seawal pagi dalam jam 7.00 pagi. bukan apa
mengikut kata abah adalah untuk mengelak jem di teluk intan yang akan berlarutan selama 1 hari disebabkan orang nak balik ke selangor kebetulan hari tu hari terakhir cuti perayaan tahun baru cina. perjalanan kami melalui batu gajah, changkat tin, kampung gajah, pasir salak, teluk intan, simpang empat, sabak bernam dan perlu menyeberangi sebatang anak sungai utk ke ulu bernam.
Estet Ulu Bernam telah wujud sejak dulu lagi*dalam erti kata lain sejak aku belum lahir lagi errr. Dahulu kala UB ini dipenuhi dengan kaum melayu dan india yang berkerja sebagai pekerja kilang kelapa sawit. kebanyakan penempatan terdiri dari rumah papan warna hijau. dan suasana disana sungguh indah dan harmoni. Kaum melayu disana bagaikan bersaudara kerana untuk membuat perhubungan dengan dunia luar agak susah sikit. oleh itu kebanyakan mereka hanya berhubung didalam estet tersebut sahaja.
Masa telah berlalu dan hari berganti hari. semasa lawatan aku ke sana aku dapati perubahan ketara sangan UB tidak lagi seperti dulu. Rumah papan bertukar batu. tiada lagi bot pengangkutan tetapi hanya menggunakan feri. pekerja melayu bertukar dengan pekerja asing seperti bangladesh. dan dah tak meriah seperti dulu. Namun satu-satunya yang tak berubah adalah bas pengangkutannya.
Jadi masa ari kenduri tu mak dan abah berjumpa dengan kawan kawan lama mereka suka sangat. maklumlah ada setengahnya memang lama betul tak jumpa. jadi boleh dikatakan UB penuh nostalgia.
disini juga aku ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada nizam dan wife dier moga kekal hingga akhir hayat.
Minions (2015)
9 years ago
3 comments:
jemput ke blog guru ulu bernam
Makcik paridah punye gambar pun ada...
Pernah naik bot Sepong mudek dari sabak Bernam tak
Post a Comment