Kuala Lumpur – TNB telah mencadangkan untuk melaksanakan Sistem 5 Hari Bekerja dalam seminggu. Cadangan tersebut telah diberikan kepada Kesatuan melalui pakej tawaran pengurangan jam bekerja seminggu yang turut mencadangkan jumlah cuti tahunan pekerja TNB dikurangkan dari kelayakan sedia ada. Bilangan cuti yang dikurangkan tersebut akan ditentukan berdasarkan gred jawatan dan tempoh perkhidmatan pekerja serta TIDAK akan diganti dengan sebarang bentuk wang tunai atau ganjaran lain.
PERBANDINGAN WAKTU BEKERJA SEMASA – 5 HARI BEKERJA
AGENSI
*KELAYAKAN CUTI TAHUNAN DIKURANGKAN BERDASARKAN GRED DAN TEMPOH PERKHIDMATAN
Diterbit dan diedarkan oleh Kesatuan Pegawai-Pegawai Rendah Tenaga Nasional Berhad
No 29, Jalan Bangsar, P.O.Box 11003, 50732 Kuala Lumpur Tel : 03-22823149 Fax :03-22835481
Kesatuan tidak bersetuju dan telah menolak cadangan tersebut dan berpendapat perlaksanaan 5 Hari Bekerja tersebut tidak wajar dijadikan pakej kepada kelayakan Cuti Tahunan. Perlu dijelaskan tawaran itu juga adalah berbeza sama sekali dengan apa yang ditawarkan oleh kerajaan kepada sektor awam. Kesatuan berpendapat TNB sebagai salah sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) wajar mematuhi dan mengikuti prinsip yang digunapakai oleh Kerajaan dan Syarikat-Syarikat GLC lain dalam melaksanakan Sistem 5 Hari Bekerja di TNB. Kerajaan dan Syarikat-Syarikat GLC lain seperti tertera dalam jadual di atas telah melaksanakan Sistem 5 Hari Bekerja tanpa mengurangkankelayakan cuti tahunan sedia ada.
Kerajaan sebagai contohnya hanya mengurangkan bilangan cuti tahunan untuk pekerja kelas pertama yang menerima tawaran selepas tarikh kuatkuasanya. Telekom Malaysia pula telah memendekkan masa makan tengahari pada hari Jumaat dan memberikan ‘Time Off’ kepada pekerjanya untuk menunaikan sembahyang Jumaat. Bank Simpanan Nasional menambah masa perkhidmatan kaunternya dari jam 4.00 petang ke jam 4.30 petang untuk peningkatan servis perkhidmatannya dan sebaliknya mengekalkan masa balik bekerja 5.30 petang.
Kesatuan telah memajukan beberapa cadangan balas terhadap cadangan pengurusan dalam beberapa sesi mesyuarat yang dijalankan di TNB Ibu Pejabat tetapi telah ditolak oleh Pengurusan. Jelas sekali dari data yang dipamerkan di atas, TNB memberi keutamaan dan mempunyai hasrat untuk mengurangkan kelayakan cuti tahunan pekerja dan bukannya bertujuan semata-mata untuk melaksanakan 5 Hari Bekerja. Majikan sepatutnya melaksanakan 5 Hari Bekerja sebagai satu anugerah dan insentif galakan peningkatan produktiviti serta meningkatkan kesetiaan pekerja kepada syarikat dan negara dan bukan memikirkan soal keuntungan semata-mata. Kesatuan menuntut prinsip serupa sebagaimana perlaksanaan 5 hari bekerja di sektor bank dan kerajaan dilaksanakan segera di TNB.
Penjelasan ini diharap dapat memberikan gambaran sebenar dan jelas terhadap keputusan yang telah dilakukan oleh KPPRTNB untuk melindungi kepentingan ahli-ahli. Keadilan perlu diberikan kepada pekerja TNB selaras dengan hasrat kerajaan. Kesatuan bagaimanapun masih membuka pintu rundingan untuk membincangkan perkara ini dan menyarankan TNB bersikap lebih telus dan terbuka dalam tawaran yang diberikan tanpa menjadikan isu ini sebagai pakej kepada perkara lain. Salurkan maklumbalas anda dengan ‘click’ joutnb@tm.net.my
Wednesday, May 17, 2006
Posted by Hammy @ Fazliah @ Bob at 7:11 PM 0 comments
Thursday, April 27, 2006
lagu baru m nasir
Layan gak lagu nie lain dari lagu m nasir yang lain.
dari tempo dan lirik so layannnnnn
Posted by Hammy @ Fazliah @ Bob at 4:03 PM 0 comments
Wednesday, April 26, 2006
vclip morning musume
Vclip nie aku minat lagu dier layan gak.
awek dalam nie cun semuanya cam animasi jepun
so layannnnnnnnn
Posted by Hammy @ Fazliah @ Bob at 10:31 AM 0 comments
vclip kungfu hustle version japan
Ini ada vclip yang aku sertakan harap u all enjoy
Posted by Hammy @ Fazliah @ Bob at 10:02 AM 0 comments
Lagu Menari Dengan Ku
Selamat pagi;
lagu ni saya masukkkan bukan apa just utk berkongsi bersama ngan anda semua.
lagu nie layan gak. because ader perubahan dari segi music dan perubahan lagu menarik juga 1 per cubaan yang berani so kalo ader comment just pos jer.
Posted by Hammy @ Fazliah @ Bob at 8:17 AM 0 comments
Wednesday, April 19, 2006
LAGU PENUH MAKNA
nafasku yang terakhir ini
hanyalah ku tujukan padamu
kini saat yang terkahir
ku pinta maaf kepadamu
jauh dari lubuk hatiku
tak pernah ku dendam padamu
bila engkau tak percaya
ku rela korban jiwa raga
demi saat yang penghabisan
ku harap kau datang kepadaku
chorus:
berulang kali ku nyatakan
aku sayang padamu
berulang kali ku meminta
peluklah belailah daku
ohh itu takpernah terjadi
semua harapan belaka
nafasku yang terkahir ini
hanyalah ku tujukan padamu
spoken:bukan aku tak ingin menyintaimu
bukan aku tak cinta kepadamu
tapi, maafkanlah
bahawa sesungguhnya aku telah rancang
di saat terakhir ini kau mengucapkan cinta kepadaku
maafkan aku sayang
chorus:
berulang kali ku nyatakan
aku sayang padamu
berulang kali ku meminta
peluklah belailah daku
ohh itu takpernah terjadi
semua harapan belaka
nafasku yang terkahir ini
hanyalah ku tujukan padamu
Posted by Hammy @ Fazliah @ Bob at 12:54 PM 0 comments
APA DAH JADI NIE

APA DAH JADI ZAMAN MODEN NIE
19 April 2006
Apa dah jadi ngan dunia sekarang nama anak di letak sedap sedap tapi bila ditanya anak itu sendiri kurang pasti nama nya hihihihihihhi. mana silap nyer adakah kesilapan dari keluarga itu sendiri atau kesilapan dari zaman kemodenan emmmm mari kita pikrkan bersama
Posted by Hammy @ Fazliah @ Bob at 9:19 AM 0 comments
Tuesday, April 18, 2006
Bukti Kelahiran & Keajaiban Ilahi
Bukti Kelahiran & Keajaiban Ilahi
- (2 minggu)

Ini gambar scan dalam perut kawan aku sepejabat sebelah aku ni. baby nie baru 6 minggu. ini lah keajaiban yang maha kuasa yang tak terfikir oleh kita sebagai manusia biasa.; so tak lama lagi jadi pakcik ler saya ni hihihihh
- (23 minggu)
Emmmmmm kekadang tu terfikir gak kewujudan manusia penuh keajaiban.
agaknya aper nama budak nie nanti. ker sempena nama aku hihihihih
so to capslock all the best good luck. jgn tetakut sangat kengkawan semua ader disisi.
Posted by Hammy @ Fazliah @ Bob at 3:24 PM 2 comments
Kemalasan Memuncak
Penghargaan Tak Terperi.
inilah penghargaan yang ku teri hasil dari kesabaran ku dan pengalaman yang diperolehi sebelum ini. ucapkan ribuan terima kasih pada vice president TNB (Tenaga Nasional Berhad) atas penghargaan ini. ku harapkan atas penghargaan ini nasib akan lebih maju kehadapan semoga tuhan memberkati perjuangan ku ini. aminnnnnnn......
Posted by Hammy @ Fazliah @ Bob at 2:56 PM 0 comments
Kehidupan ku

Adakalanya hidup ini penuh kegirangan, kebahagian & saat yang indah.
tetapi hidup ini juga tak lari dari duka dan kesedihan.
kita sebagai insan biasa hanya mampu belajar dan menghadapi ketentuan.
segala pengajaran jadikan pengalaman. insyallah hidup akan menuju kearah kebahagiaan.
keluarga menjadi pembimbing kewujudan Ayah,Ibu & Adik adalah menjadi pendorong semenjak kecil. Tetapi akan wujud pendorong yang akan menemani kita hingga ke akhir hayat. dalam ertikata lain itulah pasangan kita. cuma diri ini belum menemui pasangan itu hanya takdir yang menentukan. ku berserah.........
Posted by Hammy @ Fazliah @ Bob at 11:54 AM 0 comments

